SEJARAH DAN PENUBUHANu
  *****************
Yang jauh kita dekatkan.........
              yang dekat kita rapatkan.........
                                yang rapat pula kita serasi-serasikan.......

Arwah nenek moyang Sabang dan Sindun telah   lama meninggalkan
8 orang anak ( 5 masih hidup ) yang sekarang ini menjalani kehidupan
dengan  keluarga  masing-masing  di  beberapa  buah  kampung dalam
Daerah Kota Belud.

        Menyedari bertapa  pentingnya institusi kekeluargaan  dan semangat
kekeluargaan ini dihidupkan semula, maka dengan itu Ahli  Jawatankuasa
Penganjur mempertemukan kesemua anak-anak, cucu-cicit sanak saudara
keluarga arwah nenek moyang Sabang  dan  Sindun  dalam  satu  majlis
keramaian atau majlis keluarga  demi mengeratkan kembali silaturahim di-
kalangan  sanak  saudara  keluarga anak-anak arwah Sabang dan Sindun
agar tidak ada satu pun ahli keluarga yang terpinggir,  merasa  tercicir  dan
diabaikan.     Jestru   itu   akan   terbentuk  mantaplah   bagi  mewujudkan
semangat   kerjasama,  menjunjung   prinsip   tolong-menolong  dan  bantu
membantu  di kalangan  ahli  keluarga   sekaligus  dapat  memelihara  kasih
sayang  serta  mengangkat  dan  memertabatkan  maruah  sebenar keluarga
arwah Sabang dan Sindun.

        Usaha  murni  ini  diharap  dapat  menghasilkan  satu "rumuan"   yang
mampu memantapkan semangat kekeluargaan anak cucu cicit arwah Sabang
dan  Sindun  agar  tidak berpecah belah dan bercerai berai, sebaliknya saling
berganding  bahu  sesama  kita  dalam  pelbagai   aspek   kehidupan   samada
keramaian mahupun kesusahan.

        BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH - inilah hakikat sebenarnya.
Dengan memohon restu dari Tuhan Yang Maha Esa, dijauhkan dari mala
petaka dan bencana  maka akhirnya tertubuhlah kumpulan KELUARGA SS
( Sabang dan Sindun )

                       ............KENAL POHON KENALLAH BUAH.....
 

Balik ke Laman Utama