AKTIVITI TAHUNAN





PERHIMPUNAN KELUARGA KALI PERTAMA TAHUN 1997

    Perhimpunan keluarga telah diadakan pada 27 Disember 1997 ( Sabtu ) bertempat
di Rumah En. Sarakal Salang di Kampung Pangkalan Abai, Kota Belud. Dianggarkan
seramai  250  orang  yang  terdiri  daripada  anak  cucu  cicit Keluarga SS telah hadir.
Majlis  tersebut  telah  dirasmikan   oleh  Ybhg.  En.  Jikal  Gabie  selaku  Pemimpin
Kemajuan Rakyat Kawasan Usukan.

    Kesemua  ahli keluarga SS  mahupun  yang jauh dan dekat telah berhimpun untuk
sama  merayakan  perhimpunan  yang julung-julung  kali diadakan. Kegembiraan dan
keriangan jelas kelihatan di setiap wajah ahli keluarga. Berbagai aktiviti telah diadakan
antaranya:-

1.    Pertandingan Keluarga Teramai - Di menangi oleh KELUARGA PUAN TIKAM

2.    Penyampaian Cenderakenangan daripada anak cucu.

3.    Bergambar beramai-ramai untuk kenang-kenangan.
 

PERHIMPUNAN KELUARGA BAGI TAHUN 1998

    Perhimpunan  keluarga  1998  sepatutnya  diadakan di Kampung Timbang Dayang
Kota Belud. Ahli Jawatankuasa telah sebulat suara memilih Rumah En. Saujar Gayah
sebagai  tempat  perhimpunan.   Memandangkan masalah yang tidak dapat dielakkan,
majlis tersebut telah tidak dapat dijalankan.
 

PERHIMPUNAN KELUARGA BAGI TAHUN 1999

    Ahli Jawatankuasa telah  sebulat suara akan mengadakan majlis tersebut di Rumah
En. Ridih Tangoh di Kampung Sembirai, Kota Belud. Tarikh majlis akan diumumkan
selepas Pilihanraya Parlimen.